Kelas Perkakasan Komputer

23 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2019 bersamaan hari Jumaat,telah diadakan Kelas Perkakasan Komputer di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Kelas ini telah melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti Program Tuisyen e-Kelas sebagai salah satu aktiviti berfaedah ketika cuti sekolah.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang komponen-komponen yang terdapat pada komputer.Para pelajar telah diberi penerangan mengenai unit pemprosesan pusat,peranti input,peranti output,peranti storan dan sistem komputer.

Pada akhir kelas,para pelajar telah diberi latihan bagi menguji kefahaman mereka terhadap apa yang dipelajari dan diharapkan dengan kelas ini dapat membantu mereka lebih memahami akan sistem komputer.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali